Musim durian kembali lagi. Aku bakal menyertai penduduk kampung mewakili rumah ku untuk menunggu durian. Kami bukannya berkebun durian tetapi durian tersebut ditanam di puncak sebuat bukit. Malam itu aku susah melelapkan mata. Maklumlah ini bakal pengalaman ku yang pertama.
Esoknya seawal 6.00 pagi aku sudah pun bersedia bersama yang lain berkumpul di balai raya. Masing - masing tersenyum dan ada yang masih menguap. Aku menganggapnya satu ekspedisi yang berlaku hanya 7 tahun sekali. Ya, lah. Durian di kampung ku hanya berbuah 7 tahun sekali. Bukannya seperti durian kacuk zaman sekarang yang berbuah setiap tahun. Aku membawa sebilah parang panjang untuk menebas dan membuka lauan yang perlu nanti. Di samping itu, aku turut membawa sebilah pisau tajam yang ku asah semalam.
Untuk bekalan pula, aku bawakan secupak beras, tempoyak, sambal belacan, setin sardin kecil dan timun kecil yang ku petik semalam di sawah. Atuk kata tak perlu membawa bekalan air kerana air buluh pun sudah mencukupi. Lagipun, kami akan melalui laluan air terjun. Biasalah, durian ditanam berhampiran laluan air.
Aku juga tidak lupa membawa bersama daun nipah kait untuk melindungi diri daripada hujan. Emak masukkan beberapa keping getah kering untuk memulakan unggun api malam nanti. Aku memeriksa lampu picit untuk memastikan bateri masih kuat.
Tepat 6.30 pagi bila semua ahli rombongan telah mencukupi, kami pun bertolak. Mula - mula laluannya luas dan mudah. Kami mula mendaki perlahan - lahan. Aku seperti biasa telah pun menyediakan tongkat kayu. Kasut getah ku beberapa kali terlucut apabila melalui lopak air yang dalam. Aku menyanyi kecil sambil menepis nyamuk yang sedap sahaja menyinggah.
Sedang kami mendaki, aku sempat meluahkan kelaparan ku pada atuk. Dengan jelingannya sekali atuk memberi amaran agar aku tidak menyebut lapar di dalam hutan. Dia juga melarang aku menyebut mana - mana haiwan buas yang terlintas di kepala ku.
Perjalanan terasa semakin mengujakan biar pun aku sudah kepenatan. Di kepala ku sudah terbayang betapa sedapnya durian - durian itu nanti. Atuk mendekati ku dan memberitahu akan bergerak lebih ke depan. Aku tersenyum. Atuk pasti akan sampai dahulu, percayalah.
Tiba - tiba, aku kekejangan betis. Aku lantas duduk dan meminta sepupu ku membetulkan kaki ku dengan meluruskan tapak kaki ku yang diangkat. Aku sudah biasa mengalaminya semasa sukan sekolah dulu. Maklumlah bekas pelari pecut. Perjalanan harus diteruskan kerana masih jauh dan kami tidak mahu berada di tengah - tengah hutan yang gelap gelita. Di puncak bukit nanti sudah ada pondok beratap nipah sebagai tapak khemah.
Akhirnya, kami selamat sampai ke tapak khemat di lewat petang. Seperti biasa, atuk sudah pun menyediakan unggun api di setiap hujung khemah untuk menghalau nyamuk. Aku melabuhkan punggung lega. Kemudian kami mencari minuman daripada pangkal buluh untuk diminum. Terdapat juga laluan air terjun tidak jauh daripada khemah kami. Di sekeliling khemah pula terdapat banyak gua besar mahu pun kecil, menuruni bukit. Susah untuk aku gambarkan dalam halaman ini. Tetapi aku puas hati menatap pemandangan ini.
Malam ini kami mengelilingi unggun api untuk memanaskan diri. Selesai makan, kami bermain meriam buluh. Ah! Seronoknya ku rasakan. Tiba masa pula untuk tidur. Aku memilih untuk tidur berdekatan atuk kerana sebenarnya aku ini penakut. Takut orang tu, biasalah, tapi paling aku takut sekali ialah kegelapan malam dan hantu. E....meremang bulu roma aku dibuatnya. Mana tahu, tiba - tiba angin kuat dan unggun api padam. Minta jauh,lah.
Selamat datang ke ruang pena siber saya ini. Semua dialu - alukan. Walau apa pun yang tertulis di sini adalah semata - mata ingin bercerita dan jangan ambil hati, ya. Ada yang rekaan semata - mata, ala - ala novel. Apalagi, jom. Sertailah saya setiap minggu untuk cerita terkini.
Sunday, October 17, 2010
Thursday, October 14, 2010
Kisah Tok Bomoh 1
Kisah Tok Bomoh 1 1
Semua persiapan untuk acara malam ini telah atuk sediakan. Tinggal lagi perjalanan ke rumah Abol. Abol duduk di dalam kawasan rumah disediakan tauke kilang papan. Perjalanan ke rumah Abol ku rasakan begitu jauh. Walhal semasa siang tadi tidaklah sampai begini jauhnya. Ah! Mungkin aku takut memikirkan apa bakal berlaku malam ini.
Jalan yang kami lalui diterangi lampu jalan. Di setiap tepian jalan hanyalah pokok - pokok gelang yang muda. Sesekali aku terasa angin dingin menerjah ke kulit ku. Angin malam ini ku rasakan asing daripada hari - hari biasa. Aku takutkah? Ah! Beranikan diri.
Akhirnya kami telah pun sampai di kaki pintu rumah Abol. Pintu ku ketuk berkali - kali sebelum dibuka oleh orang rumah Abol. Tahu dah ada tetamu, kenapa tidak bersiap? Dahlah malam ni sejuk. Kami pula berjalan kaki.
Masuk saja ke rumah Abol, aku terpandang seorang lelaki terbujur di atas tilam terletak di tengah - tengah ruang tamu. Sesekali kedengaran Abol mengerang dan kekadang menangis kecil. Ah! Terseksa sungguh lagaknya. Aku dan atuk dijemput duduk menghilangkan penat perjalanan tadi. Nasib baik tuan rumah faham. Tak lama kemudian, isteri Abol menghidang teh bersama roti segiempat ( roti mayat ). Sedap juga. Lega rasanya.
2
Atuk duduk di sebelah kanan Abol. Atuk memandang ke mata Abol begitu dalam sekali. Aku pun melakukan yang sama. Apa yang bermain di kepala atuk mungkin berlainan dengan apa yang aku fikirkan. Ya,lah. Atuk ni, bomoh, sedangkan aku hanya peneman yang penakut. Aku bersama atuk kerana diarahkan ibu. Terpaksalah, nasib badan. Walhal di rumah akulah yang paling penakut.
Atuk membuka beg galas kain bercorak batik jawanya. Maka keluarlah segala isi perut beg tersebut. Mula - mula keluarlah mangkuk tembikar atuk. Mangkuk tersebut atuk isikan dengan beras yang isteri Abol sediakan. Di atas beras tersebut, atuk cucukkan pula colok merah 7 batang. Semuanya atuk nyalakan. Kemudian atuk keluarkan pula kemenyan yang kemudian mencipta satu bau berbaur colok yang menyesakkan hidung ku.
Selepas itu, atuk keluarkan pula kain kuning kapas 3 depa. Kain kuning itu atuk bentangkan. Kemudian atuk datang dekat dengan Abbol. Abol pula, bila atuk datang dekat semakin kuat dia mengerang. Aku tidak pasti apa sebenarnya penyakit Abol. Kata isteri Abol, sudah hampir 2 bulan suaminya sakit seluruh badan hingga hilang selera makan. Badannya sakit mencucuk - cucuk dan apabila menjelang malam, pasti sakitnya semakin tenat. sudah banyak kali dia mendapatkan rawatan di klinik. Namun, semua ubat yang dimakan mahu pun cucukan ubat, tidak memberi apa - apa kesan jangka lama pada tubuh Abol.
Atuk mengambil sebutir telur yang disediakan isteri Abol. Atuk membaca sesuatu terkumat - kamit. aku tidak pasti apa yang diucapkan atuk kerana sesungguhnya aku sendiri menggigil ketakutan. Atuk mengurut telur tersebut ke ubun - ubun Abol. Dengan sekali tarik, aku boleh nampak beberapa batang jarum dan pin halus terlekat pada hujung telur seolah - olah keluar dari ubun - ubun Abol. Abol menjerit ketakutan. Bau kemenyan yangn kuat membuatkan aku seram sejuk dan takut, namun aku hanya duduk tersenyum menahan perasaan itu. Takkanlah aku nak tunjukkan pada isteri Abol.
3
Telur tadi atuk pecahkan ke dalam sebuah mangkuk. Maka keluarlah isi telur tersebut dengan banyak lagi jarum - jarum halus. Atuk menggunakan telur lain pula. Kali ini atuk mengurut telur tadi pada tangan, perut dan dada Abol. Dengan setiap usapan, maka keluarlah segala benda - benda tajam tadi. Abol pula tidak berhenti - henti mengerang. Matanya terbeliak menahan sakit.
Isteri Abol pula memegang erat tangan ku. Setiap lolongan Abol akan disertai genggaman tangan isteri Abol yang menyakitkan aku. Ah! Siapa yang sakit ni? Aku terasa sakit yang amat diperlakukan begitu tetapi aku biarkan sahaja. Kesian dia.
Anehnya, tidak lama selepas itu, atuk mengarahkan Abol bangun dan duduk di atas kain kuning tadi. Abol hanya diam dan menurut perintah atuk. Dari sinar matanya aku merasakan siksaan Abol telah pun berakhir.
4
Kemudian, atuk mengeluarkan pula kain putih. Kain tersebut atuk gunakan menyelubungi dia dan Abol. Atuk membawa sebotol bekas air mineral bersamanya. Kedengaran atuk seperti berbicara dengan seseorang. Tenang sahaja suara atuk.
Atuk bertanya angkara siapakah yang menyakiti Abol. Atuk memberi amaran keras jika ada lagi cubaan mengganggu cucu cicitnya, atuk tidak akan bertimbang rasa lagi. Atuk kemudian memanggil anak lelaki Abol.
Atuk menyerahkan botol tersebut kepada Ayob, anak lelaki Abol yang sulong. Kata atuk, botol tersebut wajib dihanyutkan di hulu sungai ke arah air mengalir. Ayob menggangguk dan terus pergi. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Aku tidak sabar untuk balik. Esok aku harus ke sekolah.
5
Abol nampak segar. Atuk pula aku lihat kepenatan. Maklumlah sudah bertarung hampir 3 jam. Atuk mengemaskan peralatannya sambil menasihatkan Abol agar menjaga laku dan kata apabila berkawan. Kata atuk, bukan semua orang boleh bergurau dan paling penting, tidak semua orang suka kita. Oleh itu, berkawan biarlah berpada - pada.
Isteri Abol aku lihat mulai menampakkan senyum. Sedari awal tadi aku hanya melihat kerutan dahinya. Syukurlah segalanya berakhir dengan baik. Atuk meninggalkan air jampi untuk ditabur sekeliling rumah dan daun nipah kering untuk digantung di atas pintu. Atuk kemudian menerima pengeras RM 25.00 dari isteri Abol. Biasalah, pengeras biasanya atas keikhlasan pesakit.
Kami dijemput minum teh sekali lagi sebelum balik. Perjalanan balik aku rasakan begitu cepat. Langkah ku atur cepat. Atuk tidak merungut kerana sesungguhnya dia memang lebih cergas dari aku. Maklumlah orang kampung yang biasa bekerja keras.

Subscribe to:
Posts (Atom)